Kimi Raikkonen berkata dia berharap dapat kembali memberi cabaran dalam Pertandingan Formula 1 di Grand prix British pada minggu hadapan. Pemandu Lotus itu ketinggalan daripada Sebastian vettel selepas melalui perlumbaan yang sukar di Monaco dan Montreal, dimana dia mencatat keputusan ditangga ke 9 dan 10 dan sekarang ketinggalan 44 mata daripada pendahulu - dengan Fernando Alonso juga kini telah memintas kimi dalam pungutan mata.
Raikkonen kini berharap dapat kembali ke prestasi sebenar di litar Tuan rumah kepada pasukan Lotus di England dan dia kini begitu fokus dan semangat untuk cuba menyerang dan lumba di hadapan berbanding hanya mengutip mata di akhir perlumbaan. "Begitu jelas sekali, prestasi kami tidak capai tahap sebenar" kata raikkonen berkenaan dua perlumbaan sebelum ini.Dalam perlumbaan sebelum ini, pasukan Lotus hanya banyak bertahan daripada menyerang di petak hadapan, itu bukan sesuatu yang dimahukan oleh semua pihak. Raikkonen berkata Litar Silverstone adalah antara litar kegemarannya didalam kalendar F1, dan ianya akan menjadi sesuatu yang paling istimewa jika dia dapat mencapai kemenangan kedua dalam tahun ini di litar tersebut. "Apabila anda menang di Silverstone, ia memberikan kepuasan tiada tolak bandingan. Anda harus lakukan semua teknik dengan betul. Saya pernah memenangi perlumbaan Formula Renault dan kemudian Formula 1 dengan Ferrari pada tahun 2007. Amat menakjubkan jika dapat memenanginya sekali lagi disini, lebih lebih lagi kilang hanya berdekatan dengan litar. Saya pasti kami akan dapat meraikan kemenangan yang hebat" - Kimi Raikkonen. |
Author: IzzaldinPengembara Dunia. Archives
April 2016
Categories
All
|